Thursday, May 14, 2009

Announcement from AnissaGiftShop

We would like to thank each of everyone who participated in this 'short & simple' quiz; by this blog, email (anissagiftshop@yahoo.com) and the owner facebook. Your participation are highly appreciated.
.
It's time to announce the winner of this guessing contest. And the winner is:
.
Mrs. Hanani Abdul Wahab; New Zealand on her last minute guessed today via Facebook.
.
She will receive a mystery gift from us which is a set of kekabu pillow with specially custom made pillow case (our new invention - using t-shirt cotton fabrics material). Picture of the gift will be uploaded very soon.
.
Congratulation to Mrs Hanani! Don't worry... more competition will come soon. And we start to receive order for this new price.
.
* Mrs Hanani, please provide your address for courier purposes. NZ ok or not with this product?

Tuesday, April 21, 2009

Anak-anak PA

Aktiviti ketika MHS 2005

Saya ingin mengucapkan 'Selamat berjaya' kepada para pelajar yang pernah berada di bawah 'bimbingan' aku. Sekarang ni dah mula exam di serata IPT, setelah seminggu diberikan kemudahan study week.
.
Gambar-gambar di atas adalah semasa anak-anak ini berada di minggu pertama di universiti. Sekejap je dah 4 tahun mereka berada di pekan kecil bernama Parit Raja ini (bukan parit singh is king ye!). Peperiksaan semester ini adalah peperiksaan terakhir mereka (bagi yang tak extend) sebelum boleh bergelar jurutera. Masa berlalu sangat pantas, saya tidak berkesempatan bersama mereka di tahun terakhir pengajian (siapalah Penasihat Akademik yang menggantikan saya ye?).
.
Kerenah mereka seringkali memeningkan kepala, ada juga yang menggelikan hati dan kadang-kadang menyedihkan. Banyak juga salinan surat daripada HEP, Pejabat Akademik, Bendahari dan pelbagai surat lagi yang telah ku kumpul. Sebelum bercuti tempoh hari, dokumen berkaitan mereka ini lebih daripada 1 kotak ku serahkan kepada penyelaras. Sepanjang bersama mereka, ada yang mendengar nasihat, ada yang hangat-hangat tahi ayam, ada yang menangis sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan, ada yang sentiasa melarikan diri bila terjumpa aku dan pelbagai lagi.
.
Saya sedar, saya ini bukan seorang PA yang baik kerana jarang sekali saya secara mudah mengikut / menyetujui permintaan mereka. Dan yang paling pasti adalah, saya tidak pernah mengadakan jamuan untuk mereka (orang Malaysia kebiasaannya suka acara makan-makan ni). Ada sahaja halangan yang mengakibatkan rancangan tergendala.
Saya ingin memohon kemaafan daripada mereka ini andai sepanjang saya mengendalikan mereka, banyak tutur kata yang tidak dapat diterima, terkasar bahasa, dan pelbagai tindakan yang tidak menyenagkan hati mereka. Semoga kalian akan menjadi manusia dan jurutera yang berguna kelak.
.
GOOD LUCK juga untuk semua pelajar yang pernah menghadiri kelas saya yang tak best itu. DDM, DDX, DDT... ada satu sem lagi kan?

Thursday, April 16, 2009

Kami Anak Malaysia

Nervous

Tomorrow (actually today because now already 12.31), I will have an appoinment with my supervisor. I dunno why, since last week I feel nervous. Maybe because of 'my own expectation'. Since she emailed me last month to set the date for our official meeting, I am doing all the best I can, but still keep thinking about 'what is her expectation'?.
.
Many questions just 'pusing-pusing' inside my head.... and I supposed to sleep by now. And wake up early tomorrow morning.
.
I always saw my friends just follow the time line and the fate. I dunno either they ever thought (I always confused with past tense of teach) about 'superior expectation'. Because what I can see, they looked calm and 'selamba'.
.
See how lah tomorrow. I expect it will be okay (hopefully).

Monday, April 13, 2009

Kualiti vs kuantiti

Jumaat lepas aku berpeluang ke UPM, bertemu rakan sekerja yang cuti belajar di sana. Macam-macam kami bersembang sambil makan tengah hari. Tiba - tiba terkeluar satu topik yang agak menarik, kualiti dan kuantiti; berkisar tentang pengalaman isterinya sebagai guru dan pengalaman kami sebagai pelajar dahulu. Chong berasal dari Sarawak (tak silap belajar di SMJK) manakala aku pula belajar di Kelantan, di sebuah sekolah berasrama.
.
Apa yang menarik perhatian kami adalah bilangan subjek yang di ambil oleh pelajar kini (khususnya SPM), cara pengajaran di sekolah, stakeholders demand & expectation, keputusan peperiksaan, budaya pembelajaran dan bermacam-macam lagi. Pembelajaran hari ini merupakan suatu cabaran yang amat besar dengan persaingan yang amat hebat. Terlalu ramai yang memperolehi keputusan yang amat cemerlang dan dikatakan pelajar 'berjaya'.
.
Maka di sini timbul sedikit persoalan daripada perbincangan kami berdua. Apakah definisi 'berjaya' di sini? Adakah dengan hanya memperolehi sebanyak-banyak A boleh diklasifikasikan sebagai 'berjaya'? Atau yang tidak memperolehi sebarang A dikategorikan sebagai bodoh, tidak pandai? Adakah mereka yang berada di dalam kategori 'berjaya' (mengikut definisi budaya masyarakat Malaysia sekarang) boleh bertahan apabila ke peringkat seterusnya?
.
Selain daripada persoalan - persoalan tadi, kami juga bersetuju konsep pengajaran dan pembelajaran sekarang adalah amat berorientasikan peperiksaan. Perkara utama ke sekolah adalah berapa banyak A yang boleh cikgu pastikan. Baik di pihak ibu bapa malah di pihak pengetua juga. Memang tidak dinafikan, 'kejayaan' di dalam peperiksaan khususnya SPM & STPM adalah tiket untuk ke peringkat seterusnya. Namun begitu, adakah ia adalah segala-galanya? Chong juga merungut kerana pelajar kini tidak diajar / diterapkan dengan nilai-nilai murni di dalam pembelajaran kerana fokus guru sekarang adalah ujian, peperiksaan, tuisyen, latih tubi, fakta, formula, hafalan.. itu sahaja. Mungkin tanggapan kami itu salah, tapi itu adalah hasilnya kerana kami yang menerima 'produk' selepas SPM/STPM/Matrikulasi ini.
.
Lebih buruk lagi, masing-masing umpama bayi yang menunggu disuap oleh ibunya. Ia adalah kesan langsung daripada 11-12 tahun terkongkong di bawah paradigma 'peperiksaan' dan 'suapan' ini. Bila dikatakan mahasiswa 'lesu', maka pihak institusi dipersalahkan.
.
Aku pernah melakukan beberapa eksperimen terhadap pelajar-pelajarku. Tak pasti mereka ini perasan atau tidak. Salah satunya adalah open buku test. Aku telah memberi 20 soalan objektif di bahagian A, dengan 1 betul 1 markah dan 1 salah ditolak 1 markah. Soalan ini sengaja dirangka amat mudah, tanpa perlu merujuk mana-mana buku, cukup sekadar sedikit kefahaman dan penelitian, pelajar sudah boleh menjawabnya. Oleh kerana pelajar dibenarkan membawa buku, setiap penjuru buku diperiksa, dibaca, dan diteliti untuk menjawab soalan-soalan ini. Aku tersenyum sendirian melihat telatah pelajar aku ini. Kebergantungan terhadap jawapan di dalam buku adalah amat tinggi. Mereka merungut kerana soalan-soalan ku tidak terdapat di dalam nota / buku yang mereka bawa. Satu soalan lain adalah berkaitan rekabentuk ruang LRT untuk jumlah penumpang maksimum. Apakah pertimbangan yang perlu bagi dimensi rekabentuk ini? Maka, sekali lagi segala helaian buku dicari. Memang tidak akan bertemu melainkan ianya berdasarkan kefahaman tentang prinsip antropometri dan rekabentuk ergonomik. Sekali lagi mereka komplen, tiada dalam nota/buku. Aku sering menyatakan kepada mereka, masalah yang kita jumpa hari-hari sangat sedikit kemungkinannya ketemu di dalam buku. Mungkin sedikit persamaan tetapi tidak 100%.
.
Nampak secara jelas kini, kuantiti yang diperlukan; dan 'kualiti' yang seringkali boleh dipertikaikan.
.
Mungkin saudara mempunyai pandangan, pengalaman yang sama atau berbeza daripada kami. Kongsikanlah....
.
*Ini adalah pandangan peribadi. Sesiapa sahaja berhak bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan saya/kami ini.