Wednesday, March 04, 2009

Mesyuarat paling efektif & Harga tanah

Salam,
.
Sepanjang aku menghadiri mesyuarat, tidaklah pernah aku jumpa mesyuarat paling efektif jika dibandingkan dengan Sidang DUN Negeri Pasir Berdengung. Tahniah kepada urusetia mesyuarat! Eloklah kalau pengendali atau pengerusi mesyuarat dapat menjalankan mesyuarat seefektif mungkin tanpa perlu banyak membuang masa. Ni mesyuarat berjam - jam, tanpa ada kata putus... tetapi mesyuarat semalam sungguh cekap, 3 perkara diputuskan dalam tempoh lebih kurang setengah jam.
.
Suatu ketika dahulu, memanglah pasir - pasir di Negeri Pasir Berdengung itu berdengung dek deruan kapal korek mengorek hasil buminya. Kini, negeri itu penuh dengan lombong tinggal yang telah dan sedang ditebusguna. Pernah suatu ketika, rakan aku merasa 'tertipu' apabila pegawai pemasaran universiti yang berkunjung ke kolejnya menyatakan kampus kejuruteraan Tronoh (KCP - kini UTP) dikelilingi oleh 7 buah tasik dengan pemandangan yang indah. Hehe.. pegawai tersebut memang benar dan tidak menipu, kerana KCP dikelilingi 7 buah tasik; cuma perkataan lombong tidak dinyatakan. Malah kampus ini dipenuhi pepohon ru yang akan mengalun bunyi seperti di pantai apabila ditiup angin.
**************
.
Tanah semakin mahal sekarang ini. Malah tanah di Parit Raja melambung - lambung harganya sejak universiti di kampung tersebut makin dinaik taraf, malah kini pelajar - pelajar luar negara mula menjengah ke sana. Aku dengar - dengar rumah di Kencana (bandar metropolis kan?) pun sudah sestandard di bandar besar. Itulah kesan daripada pembangunan.. aku dan isteri sering merindui kehidupan ringkas di pekan itu, dengan kemudahan yang lengkap dan yang penting tidak sesak (kecuali semasa Mawi berkunjung ke sana!).
.
Disebabkan tanah yang mahal ini jugalah... maka setiap inci ruang adalah amat berharga. Hatta tandas pun kena sewa dengan kadar RM0.20 malah ada yang mencecah RM0.50! Cuba lihat sekeliling, tanah yang paling diperlukan adalah untuk meletakkan kenderaan... kereta parking merata-rata kerana ketidakcukupan tempat meletak kenderaan. Ia juga boleh jadi satu indikator kemewahan rakyat negara ini. Dulu universiti dipenuhi dengan basikal, kemudian motosikal kini pelajar membawa kereta malah kereta mewah untuk ke universiti. Tapi pelik juga kan, ada yang kata 'bumiputeraism' tu sama dengan dasar apartheid sedangkan siapa yang majoriti memandu kereta - kereta mahal ini? Kalau tengah sesak di jalan tu, cuba jeling-jeling kereta di sebelah ye.... Kita patut mempertahankan tanah kita yang semakin lama semakin mahal ini. Mana taknya, tanah yang sedikit ini menjadi rebutan dan kini kita terpaksa membayar mahal dengan mengorbankan kesetiaan, raja, bangsa dan lain-lain seperti yang berlaku di Pasir Berdengung hingga ada yang sanggup jadi boneka.
.
Isk apa aku melalut ni... sebenarnya aku nak cerita berkenaan harga yang perlu dibayar di tempat pengajian aku ini untuk meletakkan kenderaan. RM50 untuk satu semester tetapi semester ni kami diminta bayar RM20 je kerana dah separuh semester berjalan. Oleh kerana ruang semakin kecil dan semakin berharga, aku kira nilai ini amat berpatutan. Aku dengar-dengar juga, pelajar tahun 1 & 2 dah tak boleh bawa kenderaan, masalah ruang dan juga menyahut kempen environmental care. Maka, hari ini adalah hari pertama aku meletakkan kenderaan dengan nilai RM20.
.

2 comments:

are called hirumi said...
This comment has been removed by the author.
are called hirumi said...

mukadimah yg panjang..
tp betul jugak..
apa akan jadi pada manusia pada masa depan?
Donald Trump akan mengatakan pada masa depan rich person become richer and poor stay poor and poorer.
Rasa2 mampu lagi ke kita membeli setapak tanah yg harga RM20 skrg pada masa depan if we not become richer?
Robert Kiyosaki said
20th century-abad makan gaji
21st century-abad homebased bussiness
Kita kt mane?abad dulu?atau sekarang?
hehehe..
itu je..
tq bagi ruangan comment ni..