Salam,
.
Semalam, di dalam perjalanan ke kelas pada jam 9 pagi, tetiba jalan sesak pada hari cuti... apa kena agaknya. Rupanya ada sekatan jalan raya. Kemudian, apabila melintasi Ibupejabat KTMB, aku ternampak beberapa bas berwarna merah, FRU rupanya. Kemudian, ke depan sikit selepas Mahkamah Syariah, aku ternampak segerombolan orang berjalan melintasi jalan raya 6 lorong membuatkan kami terhenti seketika di lampu trafik di di hadapan bangunan mahkamah. Apa yang terjadi sebenarnya? Aku meneruskan perjalanan ke Lembah Pantai untuk ke kelas.
.
Kemudian baru ku tahu, rupa-rupanya ada kaitan dengan PPSMI. Apa itu? PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris
.
Aku dibesarkan tanpa PPSMI, hanya ada KBSR & KBSM yang menjadikan aku seperti hari ini.
.
Aku bersekolah rendah di 5 buah sekolah, kesemuanya di pedalaman atau kawasan kampung. Untuk rekod:
Darjah 1-3, Sek Keb Felda Palong 5;
Darjah 4 (setengah tahun) di Sek Keb LKTP Bukit Sagu 1;
setengah tahun hingga pertengahan Darjah 5 di Sek Keb Gambang (ini di pekan kecil Gambang, 1 jam dari Kuantan);
setengah tahun kedua Darjah 5 di Sek Keb LKTP Bukit Mendi dan Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang.
Aku rasa ramai kawan - kawan aku mungkin tak pernah dengar pun nama-nama ni kecuali Gambang sebab sekarang dah ada UMP. Bahasa pengantaraan adalah Bahasa Melayu, amat sedikit aku dapat bergaul dengan rakan- rakan berbangsa lain kerana kawasan - kawasan ini di diami majoritinya keluarga Melayu.
.
Kemudian, selepas UPSR aku berpeluang bersekolah di sebuah SBP di Kelantan. 5 tahun aku di sana, dan bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dialek negeri. Namun begitu, aku mempunyai ramai rakan dari pelbagai latar belakang. Ada yang daripada sekolah - sekolah bandar dan ada juga dari sekolah kampung seperti aku. Minggu pertama di SBP tersebut, kami dikehendaki menduduki Ujian Penentuan Bahasa Inggeris. Seingat aku soalannya adalah objektif dan berjumlah beratus juga. Aku cuba juga menjawab sebaik mungkin.... namun apakan daya, aku telah 'berjaya' dimasukkan ke kelas tercorot (Set 7~ bayangkan aku di kelas ke-7) untuk Bahasa Inggeris ini.
Kelas kami tak ramai, dalam 15 orang dan cikgu kami adalah Cik Norasyikin Hasiby (teacher kat mana sekarang ye?). Pada masa tu, aku tak rasa apa-apa pun... yelah, masih tak matang dan tak tau apa-apa. Teacher Syikin ini garang, dan tidak pernah bercakap sepatah pun bahasa Melayu dengan kami, bukan sahaja di kelas malah di kantin atau di mana-mana sahaja. Kami diajar satu persatu dengan penuh kesabaran. Mungkin bagi Teacher, masih belum terlambat untuk kami belajar dan memahirkan diri dengan bahasa ini. Kalau dilihat rata-rata kami adalah dari kampung, malah pelajar terbaik SPM batch aku yang berasal dari Bachok juga duduk bersebelahan dengan aku di kelas ini. Aku rasa susah juga untuk belajar Bahasa Inggeris ini.
Teringat balik bila aku terjumpa Teacher Syikin di library USM, beliau masih bertutur dalam bahasa Inggeris sampai kawan aku pun pelik. Aku jelaskan, itu teacher aku masa Form 1. Pada masa tu, Teacher menyambung pengajian ijazah sarjana muda di USM.
Di Form 2, teacher syikin mengajar kelas lain tetapi bila Form 3 aku amat gembira bila teacher mengajar semula kelas aku. Oh ya, tiap-tiap tahun akan ada perubahan kelas... Form 2 aku naik set dan begitu seterusnya Form 3. Dan Form 3, teacher syikin mengjar set aku semula. Semasa Form 3 juga, Teacher Dayang mengajar kami Geografi. Sepanjang ingatan aku, Teacher Dayang mengajar kami dalam 2 bahasa. Tetapi beliau lebih kepada pertuturan dalam Bahasa Inggeris. Malah bila aku ke sekolah tahun lepas, Teacher Dayang masih bertutur dalam bahasa inggeris. Jadi, ada masalah ke mengajar Geografi dalam Bahasa Inggeris?
Bila aku ke universiti, baru aku sedar Bahasa Inggeris ini amat penting. Dulu semasa Teacher Syikin & Dayang mengajar di dalam bahasa ini, aku belajar sambil berseronok sahaja tanpa memikirkan apa akan jadi esok. Sama jugalah dengan pelajar sekolah sekarang yang menjadi 'subjek' pertikaian 2 pihak. Mereka hanya jadi bahan ujikaji, tak tau apa kesannya dan hanya mengikut sahaja.
Hingga hari ini aku masih merasakan penguasaan Bahasa Inggeris aku kurang baik. Walaubagaimanapun, aku masih di dalam proses belajar dan belajar. Mungkin lebih baik sedikit daripada dahulu dan mampu juga dapat skor yang baik dalam peperiksaan IELTS untuk syarat kemasukan ke universiti (luar negara dan dalam negara untuk ijazah tinggi).
.
Semua penulisan ilmiah yang aku kumpulkan untuk kajian literatur kini 100% adalah di dalam Bahasa Inggeris. Bila menghadiri persidangan walaupun di dalam negara, hampir 90% di dalam Bahasa Inggeris. Bila menulis laporan dan tesis juga perlu di dalam Bahasa Inggeris. Hampir semuanya di dalam Bahasa Inggeris.
.
Selain daripada itu, siri kesukaan aku juga di dalam Bahasa Inggeris; CSI & House. PHDC yang ditonton oleh Arissa juga 100% dalam Bahasa Inggeris. Apabila melayari internet, kita juga lebih senang menggunakan Bahasa Inggeris. Selain HotFM, MixFM kegemaranku juga di dalam Bahasa Inggeris.
.
Kenapa Bahasa Inggeris? Kenapa TDM bersusah payah memastikan PPSMI ini terlaksana sebelum beliau mengundurkan diri? Mengapa beliau menulis Malay Dilemma di dalam Bahasa Inggeris?
.
Kenapa pula hari ini ramai yang membantah PPSMI? Kita bantah PPSMI sebab kita sayangkan bangsa atau sebab kita lemah di dalam penguasaan bahasa ini? Jadi kalau kita lemah, kita bantah dan tak perlu laksanakan kemudian kita akan terus selesa di dalam kepompong itu. Kalau fikir-fikir balik, anak Cina dan India wajib belajar Bahasa Melayu (sebab mereka adalah warganegara Malaysia), tetapi adakah luput keCinaan atau keIndiaan mereka? Malah mereka lebih baik, kerana fasih 3 bahasa; Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda.
.
Adakah kerana ia nak dijadikan isu oleh sesetengah pihak? Apa sahaja yang dilakukan; yang penting bantah dan bangkang. Baik tak baik, itu belakang kira. Oh ya... kenapa tidak dibangkang tentang meritokrasi? Cuba pihak yang asyik membangkang, selidik sedikit pola dan populasi pelajar IPTA sekarang ini? Adakah sebab ia ada kaitan dengan rakan pakatan, maka ia tidak dibangkang?
.
Aku pun kadang-kadang bingung tengok gelagat orang kita. Mungkin patut dicadangkan ahli akademik bidang sains sosial atau psikologi atau siapa sahaja yang berminat, buat soal selidik ahli-ahli yang berarak (sekarang ni sikit-sikit berarak~ takde kerja lain ke? orang kita je pulak tu); adakah mereka benar-benar faham isu yang diperjuangkan, atau sekadar suka-suka dan ikut-ikutan, atau dengar-dengar sana sini ada demonstrasi ~jom kita pergi? Seronok juga kalau dapat lihat hasil dapatan daripada responden-responden ini khususnya yang sanggup baring-baring atas jalan.
.
Apa pun, yang jadi mangsa adalah anak-anak yang masih disekolah, cikgu-cikgu, serta pembayar cukai. Pembayar cukai kena bayar untuk perubahan dasar sekali lagi (jika ada) termasuk kos yang dibazirkan untuk 6-7 tahun PPSMI, juga kena bayar elaun lebih masa ahli-ahli FRU, polis, pekerja DBKL yang kerja lebih masa. Di samping itu, pemandu-pemandu di KL terpaksa menghadapi kesesakan yang disebabkan oleh bantahan ini. Tapi tak nampak pulak yang sepet-sepet atau yang gelap sedikit bersama-sama berjalan di tengah panas ni..... fikirkanlah.
10 comments:
betul tu, kebanyakkan bahan rujukan kat uni boleh dkatakan 95% dalam bahasa inggeris. banyak istilah2 saintifik juga dlm bahasa inggeris.
p/s: teringat masa belajar sains bahan istilah "pig iron", adakah dlm bahasa melayu "besi b#b#"..heheehheh, sampai sekarang aku tak tahu istilah dlm bhs melayunye..hahahah
sangat releven..
gemar membaca pada perenggan ke-15..
tepat sekali pernyataan itu..
tapi apa buleh buat..
rencam dunia..
kau buat.. ak buat..
kau ikut.. ak ikut..
mari sama-sama menurut..
pendapat saya: jika takut akan kepupusan bahasa bangsa kita, apa kata cuba perkasakan bahasa tersebut ke peringkat tertinggi.. buat segala macam prog yg dapat naikkan bahasa kita.. Jadikan bahasa kita dan bahasa 'aseng' itu bergerak seiring, tiada lebeh, tiada kurang antara satu dengan yang lain..
maap.. banyak plak komplain kan..
pig iron... kena tanya prof philip, kenapa pig not cow or bull..
betul tu lan... perkasakan, jangan asyik guna bahasa sms/chatting masa jawab exam, yang pasti '0' diberi kan kan...
"budaya selesa"!!
Elakkan lah ia.. hmm..
salam deSilza....
memang betul tu... da merasa bekerja dgn bangsa asing.. Kita dibuat mcm orang bodoh je.. ( sebab tak tahu BI)
Jangan biarkan anak-anak kita pula menjadi bangsa.. Tinggikan martabat orang melayu..
xsetuju..bukan sumer budak kampung yg ada peluang masuk SBP dan belajar bahasa inggeris dgn teacher yg bagus macam Teacher shikin..
continue je sains n maths dalam bahasa melayu
pertingkatkan mutu pengajaran n kecekapan guru bahasa inggeris (BI)seperti Teacher Syikin..
kalau budak masih tak pandai BI, dia masih lagi pandai maths n sains..
kalau buat sumer dalam BI, takut nnt jadi macam peribahasa..
"yang dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran"
mahasiswa UM,
sekarang ni pun kita di dalam situasi 'yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Pelajar bangsa lain dapat 3 bahasa sekurang-kurangnya, kita dapat 2 dan nak dikurangkan jadi 1. Orang lain sibuk nak memperkasakan bangsa, kita sibuk berdemonstrasi tanpa dapat apa-apa, perlu jadi macam pakistan ke atau negara lain?
cuba hadir di dalam pembentangan pelajar sarjana muda (biasanya dalam bahasa inggeris), apa konklusi yang kita akan perolehi?
pejuang bahasa tu, diaorang asyik bersajak dan bergurindam, dah berapa banyak buku diterjemah?
maaf ye, teremosi sikit kerana saya telah dan masih sedang mengalaminya (ketidakcekapan berbahasa untuk menghurai dan berhujah).
Tajuk pendebatan yang saya suka
sejak isu ini dihangat-hangatkan selepas saya menjadi seorang pendebat universiti.Tak silap saya.Result of this debate in the parliament akan keluar bulan april ke mei.we just wait and see
Well, I have read a few sources about this news of PPSMI..and I do post a few comments to NST and also The Star about this matter raised since last year's December.
erm...yah... i read why they protest PPSMI..malay language semakin dilupakan.
but to face the reality.WE look into a clearer picture.How the last batch of students which sukatan SPM nya dalam bahasa malaysia and the exam papers were in dual language.
We can measure and weigh
how suffer we are when we step into IPTA.books are in English ... Internet type pun dah english...
We can weigh from that.....is it viable to change those tough subjects into BM back.where in BM pun dah banyak orang fail...think of this viable choice.whether its suitable a not..
PPSMI is aimed to actually let the students to have more understanding in the subject itself while enchancing the use of English.Now we are not totally ban BM. Those science and maths subjects are the most banyak orang fail for the past years...selain daripada sejarah.....kononnya
we must look into availability of the source...internet pages.most of them are in english...even a lot of books are translated from English to BM to suit the market here.When we only master one language..we are only fixed to have limited sources.....
means..we are just killing ourselves with our own knives.
but why don't we have another mechanism where we can memperkasakan lagi penggunaan bahasa malaysia sedangkan BM ni tidak dilupakan oleh bangsa tak kira you chinese ke malay ke indian ke..sabah sarawak ke..orang asli ke..international student ke....
the government has spent alot,tak silap saya bukan juta..tapi billin on this things.We see the result.
I do ask.how is my juniors is Pre-U studies in matriculation.They said.It's fine for them.A lot can cope and they are prepared without any sudden shocked of language.
But WE..batch SPM 2006 has that problems.
I do feel BM is important as a language of Unity of our country among different races....as lingua franca since Kesultanan Melayu Melaka
but revert back them....as we know that is one of the weapon needed for competition in the global market.
opsss...correction.
the last line
But not the REVERT them back
as we know that is one of the weapen needed for competition in the global market
salam..
sy berumur 21 thn..
tgh mncri all my ex schoolmates di SK LKTP Felda Bukit Mendi..
Batch(Darjah 4 thn 1998)
*kenal teacher mazleyaton x?not sure how to spell her correct name*
if encik knl anyone from that batch boleh x email sy?
fizanyasin@ymail.com or
Ajang_1988@yahoo.com
*thanks*
Post a Comment